SEPANG: Aktivis kemanusiaan Malaysia Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman mengesahkan aktivis Global Sumud Flotilla (GSF) yang ditahan tentera Israel mula tiba di pelabuhan Ashdod, Israel, pada Khamis (2 Okt).
Mengetuai kontinjen Sumud Nusantara berkata, pasukan guaman GSF telah mula menghubungi mereka untuk memberikan bantuan guaman susulan penahanan itu.
“Insha-Allah, wira dan wirawati Sumud yang ditawan telah mula tiba di pelabuhan pendudukan di Ashdod. Peguam GSF mula menghubungi mereka untuk memberikan khidmat guaman.